PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanometer | | | Ukuran panjang bersamaan dengan 10(-9) meter atau bersamaan dengan satu per bilion meter. Nanometer dikaitkan dengan bidang nanoteknologi, iaitu bahan yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Ukuran nanometer (nm) juga digunakan untuk menyatakan jarak gelombang sinaran elektromagnet dalam spektrum sinaran tampak, iaitu 400 nm - 700 nm. |
monolayer | | | Lapisan yang terdiri daripada susunan molekul yang ketebalannya bersamaan dengan saiz molekul tersebut. Monolapisan dapat terjadi apabila molekul amfifilik terapung atas permukaan air dan lapisan ini dapat dimendapkan di atas permukaan substrat pepejal menggunakan teknik Langmuir-Blodgett. Monolapisan juga boleh terdiri daripada susunan atom yang padat dan dihasilkan di atas substrat pepejal melalui pemendapan epitaksi alur molekul. |
femtometer | | | Unit panjang yang bersamaan dengan 10 (-15) meter yang biasanya digunakan untuk menentukan saiz nukleus. Contohnya, jejari nukleus emas bersamaan 8.45 femtometer. 1 nanometer bersamaan 1 juta femtometer. |
ion | | | Atom atau molekul yang kehilangan atau bertambah satu atau lebih elektron sehingga cas elektrik bersihnya bersamaan dengan kehilangan atau pertambahan cas elektron. Ion yang bercas positif dipanggil kation, manakala ion bercas negatif dipanggil anion. Contohnya, tindak balas unsur natrium dengan klorin menghasilkan kation natrium (Na+) dan anion klorin (Cl-). |
scattering length | | | Jarak garis serenjang dari pusat atom atau nukleus sasaran ke garis alur zarah atau nukleus tuju terdekat yang dapat dicapai dalam penyerakan. Jarak ini digunakan untuk menganalisis serakan suatu zarah atau nukleus tuju oleh atom atau nukleus tertentu. Panjang penyerakan ini juga dapat ditentukan bersamaan dengan jejari sfera yang berpusat pada nuklues atom sasaran yang tidak dapat ditembusi oleh zarah atau nukleus tuju. Contoh zarah tuju ialah elektron dan neutron, manakala contoh sinaran tuju ialah sinar-X, sinar gama dan sinar cahaya laser. |