PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Cooper pair | | | Keadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor. |
energy-dispersive X-ray spectroscopy (EDS) | | | Kaedah analitikal yang digunakan bersama mikroskop pengimbasan elektron (SEM) untuk menganalisis komposisi unsur atau pencirian sifat kimia sampel. Ia mengesan sinar-X yang dipancarkan dari sampel semasa pembedilan oleh sinar elektron dari SEM bagi tujuan pencirian komposisi unsur atau pencirian sifat kimia yang terdapat pada sampel. Sinonim ). spektroskopi sinar- X sebaran tenaga (EDX). |
macromolecule | | | Molekul besar yang terbentuk hasil daripada gabungan beberapa molekul kecil serta mempunyai beberapa atom yang terikat bersama-sama. Contohnya, bahan polimer, DNA dan lipid. |
flocculation | | | Proses apabila pelarut terkeluar daripada suatu larutan dalam bentuk kepingan atau gumpalan. Proses ini berlaku apabila zarah halus mengelompok bersama membentuk kepingan atau gumpalan. Kepingan atau gumpalan ini kemudiannya timbul ke permukaan cecair atau mendap ke bawah dan dapat ditapis dengan mudah. |
nanopolymer | | | Bahan setara polimer pada skala nano. Bahan ini diperoleh dengan mengenakan kecacatan pada dua permukaan yang bertentangan di atas nanozarah logam berbentuk sfera. Dwivalens nanozarah ini dirantai bersama untuk membentuk suatu filem bebas. |