PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
glow peak | | | Pengujaan sesuatu cahaya yang dihasilkan oleh bara bagi sesuatu bahan. Puncak ini berada pada lengkung keamatan pancaran cahaya termopendarfluor melawan suhu pemanasan suatu gugusan sebatian yang terperangkap dalam suatu hablur. Puncak ini berpadanan dengan tenaga yang diperlukan untuk menyahperangkap pembawa cas dalam sebatian berkenaan. Contohnya, kadmium sulfida (CdS) dalam hablur ziolit Y dan protein aekuorin pada ubur-ubur A. Victoria bertindak dengan ion Ca2+ yang memberikan dua puncak bara utama pada 395 nm (uv) dan minor pada 475 nm (puncak bara biru). Puncak bara biru ini menyebabkan protein berpendafluor hijau pada ubur-ubur tersebut memberikan kilauan cahaya hijau. |
hydrophilic | | | Sifat bahan atau molekul yang cenderung kepada air, iaitu mudah menyerap dan larut di dalam air. Bahan hidrofilik biasanya bercas dan mempunyai kumpulan berkutub yang strukturnya menarik molekul air. Contohnya, titanium dioksida yang biasanya digunakan pada cermin kenderaan untuk menghilangkan kabus dan minyak yang melekat pada cermin berkenaan. Banding hidrofobik. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkenaan |
|
|