PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanotoxicology | | | Bidang yang berkaitan dengan keupayaan manusia dan pendedahan persekitaran, bahaya dan risiko yang berkaitan dengan penggunaan dan penghasilan bahan nanostruktur. |
nanotribology | | | Kajian yang berkaitan dengan geseran, haus, lusuh dan pelinciran pada skala nanometer. Contohnya kajian lekatan suatu lapisan berketebalan nanometer ke atas permukaan suatu bahan untuk membuat pelincir dalam industri kereta. Alat yang biasa digunakan untuk kajian nanotribologi ialah mikroskop daya atom (AFM). |
nanoethics | | | Bidang yang berkaitan dengan etika penggunaan nanoteknologi yang dapat memberikan implikasi buruk terhadap masyarakat, terutama mengenai keselamatan terhadap manusia dan hidupan lain serta kesan terhadap alam sekitar. Beberapa organisasi dari negara maju yang disokong oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyediakan garis panduan etika penggunaan nanoteknologi termasuk yang melibatkan implikasi undang-undang. |
nanomagnetism | | | Subbidang nanosains yang berkaitan dengan struktur magnet pada julat nanometer. Subbidang ini merupakan asas untuk menjelaskan penyimpanan data, sensor, teknologi peranti, sains hayat, dan perubatan. |
electrochemistry | | | Subbidang kimia yang berkaitan dengan perubahan sifat kimia hasil daripada pengaliran arus elektrik atau sebaliknya. Perubahan sifat kimia dapat menghasilkan arus elektrik. Sifat kimia ini berlaku pada bahan elektrolit dan bidang ini digunakan untuk memajukan sel atau bateri kimia. |
optical phonon | | | Pengujaan kuantum yang berkaitan dengan mod optik pada getaran atom dalam pepejal. Fonon optik digunakan untuk menerangkan interaksi fonon-cahaya dalam bahan nanostruktur, seperti serakan Raman. |
nanoscience | | | Subbidang sains yang mengkaji fenomena yang berkaitan dengan struktur atau bahan berskala nanometer. Struktur nanometer telah wujud secara tabii seperti DNA dan permukaan sayap kupu-kupu, atau yang dihasilkan secara teknologi seperti nanotiub karbon dan nanozarah. |
colossal magnetoresistance | | | Magnetorintangan yang sangat besar melebihi 20% pengurangan rintangan, yang berkaitan dengan peralihan fasa magnet dalam sesetengah bahan homogen terutamanya dalam kumpulan magnet oksida perovskit. Lihat juga magnetorintangan raksasa. |
nanoscale synthesis | | | Sintesis yang berkaitan dengan penghasilan nanostruktur dengan geometri khusus dan pada tempat tertentu di atas suatu permukaan substrat. Sintesis ini juga melibatkan sifat kimia dan komposisi molekul yang digunakan. Kaedah yang biasa digunakan dalam sintesis ini ialah kaedah kimia, pengewapan laser, termolisis, dan kaedah denyutan laser. |
nanoparticle tracking analysis | | | Kaedah untuk penggambaran dan penganalisisan nanozarah dalam cecair yang berkaitan dengan kadar gerakan Brownan dengan saiz zarah. |