PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
partial confinement | | | Suatu bentuk kurungan pada struktur kuantum, yang membenarkan elektron bebas bergerak pada arah tertentu disebabkan dimensi elektron dari arah yang lain adalah amat kecil, iaitu kurang daripada 10 nm. Contohnya, nanowayar dan nanotiub membenarkan elektron bergerak dalam satu dimensi, nanofilem membenarkan elektron bergerak dalam dua dimensi, manakala bintik kuantum mengalami kurungan penuh. |
adatom | | | Atom yang terjerap pada suatu permukaan dan dapat bergerak di sepanjang permukaan tersebut. Dalam pembentukan filem tipis, adatom bergerak dan bergabung dengan adatom lain pada permukaan substrat serta saling menyusun sehingga terbentuk lapisan filem. |
anaglyph | | | Gambar bergerak atau pegun bagi objek yang mempunyai dua perspektif yang hampir berbeza warna dan bersuperposisi antara satu dengan lain. Gambar berbentuk tiga dimensi akan terhasil apabila dipandang melalui dua penuras warna yang berpadanan dengan perspektif tersebut. |
mobility | | | Kebebasan sesuatu zarah untuk bergerak sama ada secara rawak atau di bawah pengaruh medan, daya dan kecerunan kepekatan. |
exciton | | | Pasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain. |
electron column | | | Turus elektron berfungsi untuk membolehkan elektron bergerak dari sumber elektron ke permukaan sampel bagi menghasilkan imej pada resolusi berskala nano. Turus electron ialah salah satu komponen pada mikroskop electron. |
itinerant ferromagnetism | | | Keferomagnetan yang dihasilkan daripada spin elektron konduksi yang bergerak sepanjang kekisi. Contohnya, pepejal molekul C60 bersifat keferomagnetan walaupun tidak mempunyai elektron tak berpasangan. Sifat keferomagnetan ini terhasil daripada sumber elektron mengkonduksi disebabkan kecacatan dalam pepejal. |
one-dimensional nanowires | | | Wayar yang diameternya bersaiz nanometer yang menyebabkan elektron dibenarkan bergerak hanya dalam satu dimensi atau disebut sebagai terkurung separa dalam satu dimensi. Contohnya, nanowayar silikon dan nanowayar emas. |
Brownian motion | | | Gerakan rawak zarah halus terampai dalam bendalir, hasil pelanggaran dengan molekul bendalir yang bergerak turun naik. Zarah terampai disebabkan daya tolakan elektrostatik antara zarah tersebut. Saiz zarah ini ialah 1 nm - 1000 nm dan dapat dikesan melalui serakan cahaya. Contohnya, penyerapan bahan cemar dalam atmosfera dan penyerapan lohong dalam bahan semikonduktor. |
reflection high energy electron diffraction (RHEED) | | | Teknik untuk mendapatkan maklumat struktur permukaan suatu bahan menggunakan kesan pantulan daripada pembelauan elektron tenaga tinggi. Dalam kaedah ini, alur elektron dituju kepada sampel pada sudut yang menghampiri sudut imbasan supaya elektron bergerak di sekitar permukaan dan tidak bergerak jauh ke dalam sampel. Teknik ini sensitif kepada struktur permukaan dan hasil corak pembelauan dipaparkan pada skrin yang bersalut fosfor. |