PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
particle light analysis | | | Kaedah yang digunakan untuk pengukuran saiz zarah dengan menggunakan pancaran cahaya (laser). Teknik ini berfungsi berdasarkan prinsip pancaran cahaya yang mengenai zarah akan menghasilkan sudut serakan cahaya. Zarah yang mempunyai saiz yang berbeza akan menghasilkan sudut serakan cahaya yang berbeza. Semakin kecik saiz zarah, semakin besar sudut serakan cahaya. |
chirality | | | Sifat sesuatu objek yang strukturnya tidak simetri, iaitu strukturnya berbeza daripada imej cerminnya. Sebatian kimia kekiralan biasanya bersifat aktif optik, dan terdapat pada kebanyakan molekul bahan organik. Salah satu struktur nanotiub karbon ialah kiral. |
microfluidics | | | Bidang yang mengkaji ciri bendalir pada skala mikro yang berbeza dengan ciri pada skala makro. Ciri ini termasuklah ketegangan permukaan, pelesapan tenaga dan kelikatan bendalir. Bidang ini penting dalam pembuatan alat automatik operasi kimia yang bersaiz kecil. Dalam bidang perubatan, kajian ini digunakan untuk memindahkan sel dari satu tempat ke tempat lain menggunakan saluran berisi cecair. |
convergent beam | | | Alur sinaran cahaya yang datang dari pelbagai arah yang berbeza, sama ada selepas pantulan atau pembiasan. |
extrinsic semiconductor | | | Semikonduktor yang telah didopkan. Bilangan elektron dan lohong adalah berbeza. Bilangan kepekatan lohong dan elektron menentukan semikonduktor tersebut sama ada jenis-n atau jenis-p. Banding semikonduktor intrinsik. |
magnetic storage | | | Kaedah penyimpanan data menggunakan bahan magnet dengan memberikan corak pemagnetan berbeza atas lapisan permukaan bahan tersebut. Corak ini dikaitkan dengan isyarat digital. Idea penstoran magnet pertama kalinya telah dikemukakan oleh Oberlin Smith dalam tahun 1888 dan perakam magnet pertama telah dicipta oleh Valdemar Poulsen dalam tahun 1898. Storan magnet yang moden menggunakan bahan butiran nanomagnet sehingga dapat menyimpan data yang sangat besar. Contohnya, cakera keras berketumpatan tinggi. |
anaglyph | | | Gambar bergerak atau pegun bagi objek yang mempunyai dua perspektif yang hampir berbeza warna dan bersuperposisi antara satu dengan lain. Gambar berbentuk tiga dimensi akan terhasil apabila dipandang melalui dua penuras warna yang berpadanan dengan perspektif tersebut. |
transient thermal analysis | | | Kaedah untuk mengukur perubahan suhu dan kuantiti haba bahan yang berbeza dari masa ke masa. |
photochromism | | | Transformasi boleh balik antara dua spesies kimia yang menyerap pancaran elektromagnet pada spektrum penyerapan yang berbeza. Hal ini boleh dijelaskan sebagai perubahan warna boleh berbalik apabila terdedah kepada cahaya. |
Fresnel equation | | | Persamaan yang menerangkan pantulan dan penghantaran cahaya yang menimpa antara dua muka yang berbeza media optik seperti udara dan air. Persamaan Fresnel boleh diungkapkan sebagai: dengan Ts = pembelauan, Rs = pantulan, n1 = indeks belauan (medium 1), n2 = indeks belauan (medium 2), ?i - sudut pantulan atau sudut tuju dan ?t = sudut penghantaran |