PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
size effect | | | Kesan yang berada pada sifat fizik seperti sifat optik dan elektrik suatu bahan apabila saiznya berubah kepada dimensi yang amat kecil dalam julat puluhan atau ratusan nanometer. Contoh bahan bersaiz amat kecil ini ialah nanozarah, bintik kuantum dan nanodawai. Sifat optik dan elektrik bahan tersebut bergantung pada saiz dan mungkin berbeza daripada sifatnya yang berada dalam keadaan pukal. Sifat bahan bersaiz nanometer dipengaruhi hukum mekanik kuantum. |
mesoscopic | | | Sistem yang saiznya berada dalam julat sekitar 10(2) nm - 10(3) nm, iaitu antara sistem mikroskopik dengan makroskopik. Sistem ini mengandungi ribuan atom atau molekul yang dapat berinteraksi secara mekanik kuantum. Walaupun sistem mesoskopik bersaiz kecil, sistem ini mengandungi atom atau molekul yang mencukupi untuk menentukan purata ketumpatan, cas, suhu, entropi, dan lain-lain. |
colloidal quantum dot | | | Zarah yang berada dalam bentuk larutan berkoloid. Bintik ini disintesis secara kimia menggunakan tiga komponen, iaitu pelopor, surfaktan organik dan pelarut. Bintik kuantum akan terbentuk menerusi proses pemanasan yang terkawal. Bintik kuantum ini bersifat pendarfluor apabila dipancarkan sinaran ultralembayung dan warna yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum. Bintik kuantum disangkut pada molekul biologi dan digunakan dalam bidang perubatan. |
metaphase chromosome | | | Struktur DNA pada peringkat kitaran sel yang berada dalam keadaan paling tumpat dan mudah untuk dibezakan. Kromosom ini selalu dipilih untuk dianalisis kerana mudah dicerap. Sekiranya kromosom ini terlalu tumpat dan mampat, proses penciriannya menjadi sukar. |
particle tracking velocimetry | | | Teknik untuk mengukur halaju zarah yang berada di dalam cecair bagi menentukan saiz nanozarah. |
metastable | | | Keadaan sistem yang kestabilannya mudah terganggu. Sebarang gangguan kecil akan menyebabkan sistem yang berada dalam keadaan metastabil membebaskan tenaga untuk mencapai keadaan yang mantap. Jangka hayat metastabil ialah 10(2) - 10(3) lebih panjang daripada sistem yang tidak stabil. |
glow peak | | | Pengujaan sesuatu cahaya yang dihasilkan oleh bara bagi sesuatu bahan. Puncak ini berada pada lengkung keamatan pancaran cahaya termopendarfluor melawan suhu pemanasan suatu gugusan sebatian yang terperangkap dalam suatu hablur. Puncak ini berpadanan dengan tenaga yang diperlukan untuk menyahperangkap pembawa cas dalam sebatian berkenaan. Contohnya, kadmium sulfida (CdS) dalam hablur ziolit Y dan protein aekuorin pada ubur-ubur A. Victoria bertindak dengan ion Ca2+ yang memberikan dua puncak bara utama pada 395 nm (uv) dan minor pada 475 nm (puncak bara biru). Puncak bara biru ini menyebabkan protein berpendafluor hijau pada ubur-ubur tersebut memberikan kilauan cahaya hijau. |
intraband scattering | | | Serakan elektron atau lohong oleh fonon dalam pepejal, dan selepas serakan pembawa cas tersebut masih berada dalam jalur yang sama. Contohnya, serakan untuk lohong di dalam jalur valens. |
nascent state | | | Satu keadaan aktif suatu unsur kimia selepas dibebaskan hasil daripada tindak balas kimia. Unsur akan berada pada keadaan atom untuk beberapa ketika sebelum bertindak balas untuk menghasilkan molekul. Dalam masa tersebut, atom sangat mudah bertindak balas. Contoh nasen hidrogen terdiri daripada atom hidrogen bebas yang tidak terikat seperti molekul hidrogen biasa. |
photolithography | | | Litografi untuk membuat peranti semikonduktor atau bahan berstruktur yang bersaiz mikrometer dengan cara menyinarkan cahaya ke atas topeng yang berada di atas wafer bersalut fotorintang. Suatu siri rawatan kimia akan mengukir corak yang terdedah pada bahan di bawah fotorintang. Dalam pembinaan litar bersepadu kompleks seperti CMOS, suatu wafer akan menjalani kitaran fotolitografi sehingga 50 kali. |