PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
scooter mechanism | | | Mekanisme bagi menerangkan pembentukan nanotiub karbon dengan jejari yang sekata dan sentiasa terbuka dengan bantuan atom pemangkin kobalt atau nikel. Dalam mekanisme ini, atom logam pemangkin terpaut pada ikatan terjuntai hujung tiub, dan bergerak pantas sekitar bingkai tiub, menyerap atom karbon yang tiba supaya membentuk cincin enam atom, serta melindunginya daripada membentuk cincin lima atom. Sekiranya berlaku pembentukan cincin lima atom, tiub akan tertutup dan proses pembentukan tiub selanjutnya akan terhenti. Atom karbon dalam proses ini dibekalkan oleh penguraian gas hidrokarbon seperti gas metana (CH4) semasa pemendapan wap kimia pada suhu tinggi. |
protein engineering | | | Teknik untuk mereka bentuk protein bagi penggunaan tertentu dengan menerapkan gabungan ilmu sains, matematik dan ekonomi. Protein baharu direka bentuk dengan bantuan algoritma komputer berasaskan pengetahuan struktur dan fungsi protein. |
atomic force microscope (AFM) | | | Peranti yang menggunakan penduga yang dipasang pada spring untuk menghasilkan imej individu atom pada permukaan suatu bahan. Dalam reka bentuk konvensional, penduga merentasi permukaan bahan sambil bergerak turun dan naik kerana tarikan daya atom, pergerakan turun-naik tersebut dirakam dengan bantuan satu alur laser yang memantulkan cahaya dari kepala penduga. Pola cahaya pantulan membentuk imej permukaan. Imej yang diperoleh adalah 1000 kali ganda lebih besar daripada imej yang dihasilkan oleh mikroskop optik. AFM digunakan untuk menganalisis dan memproses bahan bagi pelbagai kegunaan termasuk elektronik, telekomunikasi, biologi dan industri teknologi tinggi yang lain. Penggunaan mikroskop ini telah diperluas daripada sistem yang asal termasuk mendapat imej sifat magnet bahan dan dapat digunakan pada bahan bukan konduktor. Banding mikroskop penerowongan imbasan. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantuan |
|
|