PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
cardioMEMS | | | Peranti untuk memantau jantung seperti tekanan darah dan kadar denyutan yang terdiri daripada dua bahagian. Pertama, sensor berasaskan teknologi mikroelektromekanik (MEMS) yang diimplan pada jantung. Kedua, sistem elektronik luar. Kedua-dua bahagian ini berkomunikasi tanpa wayar. |
implantable medical device | | | Alat elektronik bersaiz kecil yang ditanam di dalam jasad. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, perentak jantung diimplan pada bahagian jantung untuk membekalkan denyutan elektrik bagi membantu pengepaman darah oleh jantung dan juga memasukkan implan koklea ke dalam bahagian koklea bagi merawat masalah pekak yang serius. |
atomic packing factor (APF) | | | Faktor bahagian isi padu dalam struktur hablur yang menempati atom kandungannya. Suatu kuantiti tanpa unit (dimensi) yang kurang daripada 1. dengan Natom = bilangan atom, Vatom = Isi padu atom dan unit Vsel = isi padu sel unit, r = jejari sfera dan a = panjang kubus. |
fabrication | | | Proses pemasangan atau reka bentuk daripada pelbagai bahagian bagi menghasilkan suatu struktur. Contohnya, fabrikasi peranti semikonduktor melibatkan pembinaan cip yang dihasilkan menerusi suatu siri langkah litografi dan pemprosesan kimia sehingga litar elektronik terbentuk di atas wafer yang diperbuat daripada bahan semikonduktor. |
Auger electron spectroscopy | | | Kaedah untuk menentukan komposisi kimia pada bahagian permukaan sesuatu bahan/sampel, dengan cara menganalisis tenaga elektron Auger yang dipancarkan daripada permukaan bahan/sampel tersebut. Contoh penentuan komposisi timah dan oksigen di dalam timah oksida(SnO2). |
miniaturization | | | Pengurangan dalam saiz dan berat suatu sistem, pakej, komponen atau peranti dengan menggunakan bahagian kecil yang disusun untuk penggunaan ruang secara maksimum. Contohnya, pembinaan litar dan peranti menggunakan komponen bersepadu dengan pelbagai teknik. |
Kramers-Kronig analysis | | | Analisis yang dilakukan ke atas pemalar dielektrik yang mengandungi bahagian sahih dan khayal, ?= ?'(v)+ ?"(v) dengan ?' ialah fungsi yang berkaitan dengan frekuensi jalur inframerah, manakala ?" ialah penyerapan atau kehilangan tenaga. Analisis ini digunakan untuk mendapatkan pergantungan frekuensi daripada ?' dengan ?" berasaskan data pengukuran spektrum inframerah. |
self-healing structure | | | Keadaan struktur bahan yang dapat pulih kembali kepada bentuk asal pada bahagian dalam dan luar apabila mengalami kerosakan seperti retak atau kemik. Sifat demikian terjadi pada bahan swasembuh. Contohnya, bahan ingat bentuk sama ada logam atau polimer. Bahan seperti ini akan digunakan pada badan kenderaan. |
lithography | | | Kaedah penghasilan litar bersepadu yang melibatkan penutupan sebahagian besar permukaan dengan filem peka cahaya dan bahagian yang lain dibuang dengan hentaman zarah alur elektron, sinar-X atau sinaran ultralembayung sehingga suatu corak terhasil. Kaedah ini biasanya digunakan dalam industri semikonduktor. |
gold powder | | | Adunan pekat zarah emas bersaiz antara 10 nm - 30 nm yang dihasilkan dengan menggunakan penyalut polimer. Bahagian pepejal adunan ini mempunyai berat sehingga 85% emas. Penggunaannya adalah untuk penyaduran permukaan, elektronik, optik, pemangkin, pewarna, dan perencat pertumbuhan barah. Contohnya, penggunaan zarah emas dalam pembuatan gelas Venetian berwarna merah. |