PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
implantable sensor | | | Peranti penderia yang dapat ditanam di dalam badan. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, penderia pendengaran yang dimasukkan ke dalam koklea bagi merawat masalah pekak yang serius. |
collagen | | | Sebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm. |
pharmacology cell | | | Sel berasaskan nanomesin untuk menghantar ubat ke kedudukan tertentu di dalam badan. Nanomesin adalah peranti elektromekanik yang berdimensi nanometer. |
elastin | | | Protein kenyal pada tisu yang bersambungan antara satu sama lain dan membenarkan tisu pada badan kembali kepada bentuk asal selepas regangan atau kecutan. Protein ini membantu kulit kembali kepada struktur asal selepas dicubit atau ditekan. Elastin terdiri daripada asid amino, glisina, valina, alanina, dan pralina. Elastin pada dinding arteri muncul dalam bentuk helaian atau membran yang berlubang dalam pelbagai saiz. |
implantable medical device | | | Alat elektronik bersaiz kecil yang ditanam di dalam jasad. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, perentak jantung diimplan pada bahagian jantung untuk membekalkan denyutan elektrik bagi membantu pengepaman darah oleh jantung dan juga memasukkan implan koklea ke dalam bahagian koklea bagi merawat masalah pekak yang serius. |
biotoxins | | | Bahan bertoksik yang dihasilkan oleh sel hidup atau organisma. Bahan ini terdiri daripada protein yang dapat menyebabkan jangkitan penyakit, apabila bersentuh atau terserap oleh tisu badan melalui tindak balas makromolekul biologi seperti enzim atau reseptor sel. Kesan toksik tersebut dapat membawa maut. Contoh biotoksin ialah antraks. |
haemoglobin | | | Molekul sel darah merah yang terdiri daripada sebatian porfirin, yang mengandungi ferum dan oksigen. Molekul ini terdiri daripada empat polipeptida yang merupakan subunit dalam kumpulan heme. Molekul ini membawa oksigen ke tisu badan dalam proses pernafasan. |
heme | | | Molekul porfirin yang mengandungi logam ferum dengan formula kimia C34H32O4N4Fe. Molekul ini menjadi komponen utama sel darah merah (hemoglobin). Fungsi utama heme dalam proses pernafasan adalah untuk membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu badan dan seterusnya membawa balik karbon dioksida. |
electrodeposition | | | Pemendapan logam pada katod daripada elektrolit yang mengandungi ion logam tersebut. Kaedah elektromendapan yang lain ialah semburan nanozarah bercas ke atas permukaan bervoltan tinggi. Kaedah ini dapat digunakan dalam proses penyemburan cat ke atas badan kereta bagi memastikan penyalutan cat yang sekata terutamanya pada bahagian yang sukar dicapai. Contohnya, penyaduran elektrik logam kromium, kuprum dan emas. |
nanoethics | | | Bidang yang berkaitan dengan etika penggunaan nanoteknologi yang dapat memberikan implikasi buruk terhadap masyarakat, terutama mengenai keselamatan terhadap manusia dan hidupan lain serta kesan terhadap alam sekitar. Beberapa organisasi dari negara maju yang disokong oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyediakan garis panduan etika penggunaan nanoteknologi termasuk yang melibatkan implikasi undang-undang. |