PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanoscale abacus | | | Susun atur bonggol daripada molekul karbon-60 di atas substrat kuprum yang membuatkan bentuk seperti sempoa dengan nombor 0 - 10. Pada barisan teratas menunjukkan sifar dengan tiada molekul pada bahagian hujung barisan, sementara pada barisan seterusnya menggambarkan siri nombor dari 1 - 10. Susunan berskala nano ini dapat dicerap pada imej mikroskop penerowongan imbasan (STM). |
molecular recognition | | | Keupayaan sistem biologi dan kimia mengecam pelbagai molekul dan mengawal atur sifat tertentu yang diperlukan. Dalam kimia, pengecaman molekul berlaku, apabila molekul perumah dapat membentuk suatu kompleks dengan molekul tetamu. Pengecaman dapat dibahagikan kepada pengecaman molekul statik dan pengecaman molekul dinamik. Pengecaman statik merupakan tindak balas antara molekul perumah dengan molekul tetamu, manakala pengecaman molekul dinamik adalah berkaitan dengan keseimbangan tindak balas molekul perumah terhadap pengecaman tersebut. |
cellular automaton | | | Sistem diskret yang digunakan untuk mensimulasi kejadian sebenar dengan menggunakan susun atur sel dalam dua dimensi yang muncul secara berperingkat, selaras dengan keadaan sel jiran serta yang bergantung pada simulasi tersebut. Konsep automaton selular akan menjadi asas dalam pembuatan sistem komputer bintik kuantum yang merupakan salah satu hasil pembangunan nanoteknologi masa hadapan. |
electronic nose | | | Peranti untuk mengecam bau komponen tertentu dan menganalisis kandungan kimianya bagi pengenalan sumber bau tersebut. Peranti ini meniru sistem hidung sebenar yang terdiri daripada susun atur sensor kimia dan sistem pengecaman corak yang menggunakan rangkaian neural buatan. Peranti ini digunakan secara meluas untuk mengawal kualiti dalam industri makanan, minuman dan kosmetik. Penggunaan lain ialah pengesanan bau bagi penyakit tertentu dalam diagnosis perubatan dan pengesanan kebocoran gas dan pencemaran alam sekitar. |
quantum computing | | | Bidang ilmu yang menumpu kepada pembinaan teknologi komputer yang berasaskan prinsip teori kuantum. Teknologi ini mempunyai kelebihan kuasa pemprosesan yang tinggi melalui keupayaan untuk berada dalam keadaan kuantum berbilang dan melaksanakan pengoperasian menggunakan kebarangkalian pilih atur secara serentak. |