PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
ab initio method | | | Teori untuk mendapatkan struktur molekul menggunakan hanya persamaan Schroedinger, nilai pemalar asas atom dan nombor atom yang berkaitan. Terdapat beberapa kaedah seperti kaedah Hartree-Fock yang menggunakan fungsi gelombang orbit molekul sebagai asas. Sinonim kaedah prinsip pertama. |
nucleotide | | | Molekul asas yang apabila disambung, dapat membentuk unit struktur RNA dan DNA. Molekul ini memainkan peranan penting dalam metabolisme kerana bertindak sebagai sumber tenaga kimia. |
genome | | | Set asas haploid kromosom sesuatu organisma yang mengandungi keseluruhan maklumat keturunan suatu organisma yang terkod dalam DNA, termasuk gen dan jujukan tanpa kod. Genom merupakan gabungan dua perkataan, iaitu gen dan kromosom. |
self-assembly | | | Prinsip asas untuk menghasilkan susunan suatu struktur pada sebarang skala meliputi sistem molekul. Prinsip ini merujuk kepada penyusunan molekul tanpa pengaruh luar. Contohnya, polimer yang rumit mempunyai kemampuan untuk menyusun sendiri struktur gelungan rawak kepada struktur yang lebih stabil. Swapasang berlaku secara spontan dalam alam tabii, terutama dalam sistem biologi. Contohnya, swapasang membran dwilapisan lipid dalam sel. |
nanobiotechnology | | | Teknologi yang berasaskan unit struktur asas biologi seperti lipid, protein dan DNA. Unit ini dapat mengalami swapasang kepada struktur dan peranti yang dapat digunakan dalam bidang nanoteknologi. |
nanomagnetism | | | Subbidang nanosains yang berkaitan dengan struktur magnet pada julat nanometer. Subbidang ini merupakan asas untuk menjelaskan penyimpanan data, sensor, teknologi peranti, sains hayat, dan perubatan. |
nanocomposite | | | Bahan yang terhasil daripada penambahan beberapa peratus bahan tertentu bersaiz nano ke atas suatu bahan asas. Sifat fizik bahan komposit adalah seperti kekonduksian elektrik, terma atau kekuatan mekanik berbeza secara drastik daripada sifat bahan asal. Bahan bersaiz nano tersebut dapat terdiri daripada nanotiub atau nanozarah. |
hydroxyproline | | | Asid amino dengan formula kimia C5H9O3N yang terhasil melalui tindak balas asid askorbik (vitamin C) dengan prolina. Hidroksiprolina ialah bahan asas bagi pembentukan protein jenis kolagen. |
histone | | | DNA panjang yang melilit di sekeliling sekumpulan protein sehingga membentuk rantaian manik dengan setiap satu berdiameter 11 nm. Histon terdiri daripada asid amino asas, terutamanya lisina dan arginina dan larut di dalam air. |
guanine | | | Sebatian organik daripada kumpulan purina yang dicirikan oleh struktur dua cincin yang terdiri daripada atom karbon dan nitrogen dengan formula kimia, C5H5N5O. Sebatian ini merupakan salah satu daripada lima komponen asas bagi pembentukan asid nukleik, dan merupakan sebahagian daripada kandungan sel DNA dan RNA yang menyimpan dan menyebarkan kod genetik. |