PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
hole | | | Kekosongan yang ditinggalkan oleh elektron dalam jalur valens suatu pepejal semikonduktor apabila elektron valens teruja ke jalur konduksi. Lohong bersifat seperti zarah bercas positif elektron dan dapat bergerak untuk menghasilkan arus elektrik dalam arah yang bertentangan dengan arah arus elektron. |
partial confinement | | | Suatu bentuk kurungan pada struktur kuantum, yang membenarkan elektron bebas bergerak pada arah tertentu disebabkan dimensi elektron dari arah yang lain adalah amat kecil, iaitu kurang daripada 10 nm. Contohnya, nanowayar dan nanotiub membenarkan elektron bergerak dalam satu dimensi, nanofilem membenarkan elektron bergerak dalam dua dimensi, manakala bintik kuantum mengalami kurungan penuh. |
pervasive computing | | | Aliran ke arah memperluas penggunaan komputer untuk mengantara muka pelbagai peranti elektronik dalam persekitaran menerusi teknologi tanpa wayar. Peranti ini bersaiz kecil atau tidak kelihatan, sama ada dalam bentuk boleh alih atau ditanam dalam kebanyakan objek seperti kereta, peralatan am, peralatan rumah, pakaian, dan pelbagai barangan. |
convergent beam | | | Alur sinaran cahaya yang datang dari pelbagai arah yang berbeza, sama ada selepas pantulan atau pembiasan. |
oriented material | | | Bahan yang mempunyai sifat magnet yang lebih baik pada arah tertentu iaitu ciri suhu Curie, kemagnetan, dan kerentanan. |
antiferromagnetism | | | Sifat bahan tertentu yang spin elektron magnet suatu atomnya berjajaran dengan spin atom jiran, tetapi dalam arah berlawanan sehingga jumlah momen magnet bersih adalah sifar apabila tiada medan luar. Sifat ini berlawanan dengan bahan feromagnetisme. Sifat antiferomagnet, biasanya berlaku pada suhu rendah di bawah suhu peralihan, iaitu suhu Neel. Contohnya, bahan superkonduktor fermion berat (URu2Si2), logam kromium, aloi besi mangan (FeMn), dan nikel oksida (NiO). |
quantum wire | | | Satu wayar pengalir arus elektrik yang sifat pengangkutan elektriknya dipengaruhi oleh kesan kuantum. Wayar ini mempunyai diameter kurang daripada 100 nm yang menyebabkan elektron konduksi dalam arah melintang wayar terkurung dan tenaganya terkuantum. Kerintangan elektrik dalam wayar ini juga terkuantum dan tidak dapat dikira menggunakan rumus kerintangan elektrik klasik. Kekonduksian elektrik wayar kuantum dapat mencapai 10 kali kekonduksian tembaga. Contoh wayar kuantum ialah nanotiub karbon. |
magnetofluid | | | Koloid yang terdiri daripada zarah magnet bersaiz sekitar 10 nm disalut dengan suatu surfaktan untuk mengelakkan berlakunya penggumpalan. Koloid ini diampaikan dalam suatu cecair seperti minyak transformer atau kerosin. Apabila dikenakan medan magnet luar, nanozarah akan menjajar mengikut arah medan luar dan bendalir akan bersifat magnet. Contoh zarah magnet tersebut ialah magnetit (Fe3O4). Sinonim ferobendalir. |
electrochromic | | | Keadaan bagi bahan yang sifat optiknya berubah, seperti bertukar warna apabila bahan diletakkan dalam bahan elektrolit dan dikenakan medan elektrik luar. Perubahan sifat optik ini berlaku disebabkan oleh pengoksidaan atau penurunan bahan tersebut apabila disuntik dengan cas positif atau negatif. Perubahan ini dapat berbalik apabila arah medan elektrik luar disongsangkan. Kegunaan bahan elektrokromik adalah sebagai tingkap pintar. Contohnya, filem tipis tungsten dioksida, polianilina dan kromium oksida. |
natural nanoscale sensor | | | Penderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata arah |
|
Puisi |
---|
|
Tanjung Sempit Kuala Tembeling, Arah menghala Lautan Cina; Dia mengenyit saya menjeling, Kenapa seorang jadi merana.
Lihat selanjutnya... |
|