PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
electron gun | | | Struktur elektrod yang menghasilkan alur elektron di samping mampu mengawal, memfokus dan memesongkan alur tersebut seperti pada tiub televisyen dan monitor yang menggunakan teknologi tiub sinar katod. Senapang elektron terdiri daripada dua bahagian, iaitu katod panas yang menghasilkan alur elektron dan elektrod yang menghasilkan medan elektrik untuk memecut elektron tersebut ke anod. Senapang elektron digunakan untuk pemendapan filem tipis dan juga dalam litografi alur elektron. |
nanopore | | | Liang kecil bersaiz satu molekul kecil pada bahan pepejal, nanozarah atau membran. Contohnya, alur protein dalam dwilapisan lipid atau liang dalam membran bahan pepejal. Liang daripada bahan pepejal diperbuat daripada membran sebatian silikon biasanya silikon nitrat. Antara teknik pembuatannya termasuklah menggunakan alur elektron dan alur ion. Nanoliang ini dapat digunakan sebagai pengesan molekul tunggal, contohnya dalam analisis interaksi protein DNA. |
convergent beam | | | Alur sinaran cahaya yang datang dari pelbagai arah yang berbeza, sama ada selepas pantulan atau pembiasan. |
electron-beam lithography | | | Kaedah penghasilan litar bersepadu dengan mengimbaskan alur elektron untuk mengukir corak litar bersepadu. Keistimewaan kaedah ini dapat menghasilkan litar dengan kelebaran 10 nm atau kurang. |
electron beam litography (EBL) | | | Kaedah untuk membuat corak/ukiran bersaiz nano (nanostruktur) pada permukaan bahan dengan menggunakan alur elektron tumpu. |
electron beam | | | Aliran elektron yang dihasilkan oleh haba (pancaran termion), hentaman yang dikenakan pada atom atau zarah (pancaran elektron sekunder) atau medan elektrik (pancaran medan) yang kuat. Elektron diselarikan (kolimat) oleh lubang dan celahan. Keadaan lubang dan celahan yang mempunyai medan elektrik dan medan magnet menyebabkan elektron dibelokkan, difokuskan, dan bertenaga. |
cathodoluminescence | | | Fenomena pemancaran cahaya, kesan hentaman alur elektron dalam tiub sinar katod ke atas bahan pendarcahaya seperti zink sulfida pada layar televisyen. Fenomena ini juga digunakan dalam mikroskopi elektron imbasan untuk mengkaji nanostruktur bahan. |
laser evaporation synthesis | | | Teknik sintesis nanozarah dengan menggunakan alur laser untuk menyejat bahan sasaran yang kemudiannya terkondensasi menghasilkan zarah bersaiz kurang daripada 100 nm. |
annular detector | | | Pengesan yang digunakan untuk mengumpul elektron dari anulus di sekitar alur. |
Kerr shutter | | | Peranti yang bersifat seperti suis yang dapat membuka dan menutup alur cahaya menggunakan kesan Kerr apabila sesuatu bahan dikenakan medan elektrik. Contoh bahan ialah cecair dielektrik nitrobenzena ataupun filem tipis bahan organik tertentu. |