PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
electron beam | | | Aliran elektron yang dihasilkan oleh haba (pancaran termion), hentaman yang dikenakan pada atom atau zarah (pancaran elektron sekunder) atau medan elektrik (pancaran medan) yang kuat. Elektron diselarikan (kolimat) oleh lubang dan celahan. Keadaan lubang dan celahan yang mempunyai medan elektrik dan medan magnet menyebabkan elektron dibelokkan, difokuskan, dan bertenaga. |
pervasive computing | | | Aliran ke arah memperluas penggunaan komputer untuk mengantara muka pelbagai peranti elektronik dalam persekitaran menerusi teknologi tanpa wayar. Peranti ini bersaiz kecil atau tidak kelihatan, sama ada dalam bentuk boleh alih atau ditanam dalam kebanyakan objek seperti kereta, peralatan am, peralatan rumah, pakaian, dan pelbagai barangan. |
antidepressant | | | Drug yang digunakan untuk merawat kemurungan. Drug ini bertindak ke atas aliran saraf penghantar epinefrina, serotonina dan norepinefrina merentasi neural sinaps. Contohnya, drug monamina oksidase (MAOI) seperti isokarbokazid (Marplan), drug trisiklik seperti imipramina (Tofranil) dan amitriptilina (Elavil). |
field effect transistor (FET) | | | Transistor yang bergantung pada medan elektrik untuk mengawal kekonduksian arus dalam peranti semikonduktor. Dalam peranti ini, punca disambung pada tapak dan voltan dikenakan antara get dengan sumber yang akan memodulatkan arus antara sumber dengan saliran. Kawalan arus terdiri daripada dua mod, iaitu mod penguat dan mod penyusutan. Bagi mod penguat, voltan dikenakan kepada get bagi menambahkan aliran arus daripada sumber ke saliran dan dikenali sebagai OFF. Manakala mod penyusutan pula dikenali sebagai ON dengan voltan dikenakan untuk mengurangkan aliran arus daripada sumber ke saliran. FET digunakan sebagai suis elektronik seperti dalam pemprosesan komputer. |
giant magnetoresistance (GMR) | | | Fenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata aliran |
|
|