http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdf
Jpendidikan30[09].pmd
yang paling berkesan dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam adalah kaedah nasihat, hafalan, bercerita dan lakonan. Sementara itu, aplikasi kaedah-kaedah ini berkesan kepada kepelbagaian tingkah laku dan sahsiah pelajar diantaranya ; berfikir dengan cara Islamik, mendorong minat pembelajaran, membantu pelajar mengamalkan ajaran-ajaran Islam, memperbaiki perangai dan akhlak mereka, membantu pelajar dalam menilai dan menyerap nilai-nilai Islam serta membina rasa tanggung terhadap pelajaran Agama Islam. Di sinilah pula perlunya pendekatan mengajar yang positif, hidup dan berkembang agar nilai pelajaran Agama Islam menjadi lebih tinggi. Semua kejayaan ini memerlukan kepada kerajinan dan daya inovasi yang sentiasa berkembang dan berdaya maju mengikut keperluan semasa, perkembangan kematangan murid serta perkembangan ilmu dan teknologi moden. Untuk itu perlu dijalankan satu kajian untuk mengenalpasti sejauh manakah keberkesanan Klik untuk maklumat lanjut |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya berfikir |
|
|