PeribahasaSebagai sadur menimbulkan(kan) senam.TakrifTelah kelihatan keadaan yang sebenarnya, yang disembunyi-sembunyikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmbacang buruk kulit.TakrifKelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakut akan bayang-bayang.TakrifTakut akan sesuatu yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Takutkan bayang-bayangnya sendiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDibilang genap, dipapar ganjil.TakrifLahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIntan disangkakan batu kelikir.TakrifTidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kecek ular.TakrifMenceritakan berlebih-lebihan daripada keadaan yang sebenarnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDilihat si pulut, ditanak berderai.TakrifKelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembulang ayam indarus rancak kokok.TakrifLahirnya saja pandai atau berani, tetapi yang sebenarnya bodoh atau penakut. rancak kokok = merdu bunyi kokoknya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdenah tidak, terpeluk sarang tabuhan.TakrifMendapat kesusahan (kecelakaan) kerana takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak patut ditakutkan. tabuhan = tebuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung.TakrifMemegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Besar diambak, tinggi dianjung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |