PeribahasaLaki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.TakrifUrusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan.TakrifUrusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak di riba diletakkan, kera di hutan disusui.TakrifUrusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKata seorang dibulati, kata bersama diperiakan.TakrifUrusan yang mengenai diri orang perseorangan bolehlah diurus dengannya sendiri, tetapi urusan yang mengenai umum hendaklah dilakukan dengan muafakat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan.TakrifUrusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran.TakrifUrusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencari-cari beban.TakrifSuka mencampuri urusan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemerah kain basah orang.TakrifMengerjakan urusan orang lain tanpa mendapat sesuatu faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKena kecipak orang berbelut.TakrifTerlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLalang yang terbakar, sicerek menumpang mati.TakrifTerlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena kecipak orang berbelut). sicerek = sebangsa tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
95 | Charity begin at home | Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. | Mencampakkan batu keluar | He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. | Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah mencampakkan batu keluar. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
94 | Charity begin at home | Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. | Membasahkan garam sendiri | He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. | Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah membasahkan garam sendiri . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
93 | Charity begin at home | Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. | Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan | He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. | Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
92 | Charity begin at home | Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. | Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan | He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. | Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
91 | Charity begin at home | Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. | Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui | He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. | Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
90 | Charity begin at home | Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. | Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan | He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. | Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekering | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
89 | Charity begin at home | Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. | (Anak) kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran | He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. | Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Peribahasa |
---|
| 94 Charity begin at home Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. Membasahkan garam sendiri He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah membasahkan garam sendiri . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|