PeribahasaHukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.TakrifUndang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat yang kawi, syarak yang lazim.TakrifAdat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCorak kain mengikut kehendak penenunnya.TakrifUndang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda batang, cendawan tumbuh.TakrifTiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. (Bandingkan dengan: Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah terpijak benang arang, hitamlah tapak.TakrifKalau sudah melanggar undang-undang maka terimalah ganjarannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.TakrifHendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.TakrifOrang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?TakrifRaja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
167 | The dogs bark, but the caravan goes on | Amarah atau bantahan orang bawahan tentang sesuatu yang dilakukan oleh orang yang berkuasa biasanya tidak akan diendahkan. | Tiada terempang peluru boleh dihalang. | Disregarding public outcry, they proceeded to pass the new bills - the dogs bark, but the caravan goes on | Tanpa mempedulikan bantahan awam, mereka meluluskan juga rang undang-undang yang baharu itu - tiada terempang peluru boleh dihalang sahaja. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
166 | The dogs bark, but the caravan goes on | Amarah atau bantahan orang bawahan tentang sesuatu yang dilakukan oleh orang yang berkuasa biasanya tidak akan diendahkan. | Bagai anjing menyalak di ekor gajah. | Disregarding public outcry, they proceeded to pass the new bills - the dogs bark, but the caravan goes on | Tanpa mempedulikan bantahan awam, mereka meluluskan juga rang undang-undang yang baharu itu - bagai anjing menyalak di ekor gajah sahaja. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Peribahasa |
---|
| 166 The dogs bark, but the caravan goes on Amarah atau bantahan orang bawahan tentang sesuatu yang dilakukan oleh orang yang berkuasa biasanya tidak akan diendahkan. Bagai anjing menyalak di ekor gajah. Disregarding public outcry, they proceeded to pass the new bills - the dogs bark, but the caravan goes on Tanpa mempedulikan bantahan awam, mereka meluluskan juga rang undang-undang yang baharu itu - bagai anjing menyalak di ekor gajah sahaja. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|