PeribahasaUkur baju di badan sendiri.TakrifKejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUkur mata dengan telinga.TakrifMenurut penglihatan dan pendengaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepuluh kali ukur, sekali kerat.TakrifBerfikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKoyak baju mahu ukur badan.TakrifMerosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang.TakrifKejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Pisau pengukur dara randa, Kupas nanas di atas geta; Sudah ukur dengan kakanda, Macam emas dengan permata.
Lihat selanjutnya... |
|