PeribahasaMenggerekkan tutur kata ke telinga.TakrifSelalu memberi nasihat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan.TakrifKerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan.TakrifDalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmpat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela.TakrifTutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuaian diayun anak dicubit.TakrifMenyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuaian pun digoncang, anak pun dicubit.TakrifMenyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang.TakrifOrang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti lebah: mulut bawa madu, pantat bawa sengat.TakrifSeorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemut dipijak tidak mati, gajah diarung bergelimpangan.TakrifOrang yang kelihatannya lemah-lembut, tetapi terlalu keras tutur bahasanya. (Bandingkan dengan: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). arung = rempuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Sayang buah pulang ke laut, Khabar berita saya turut; Bunga hadiah saya menyambut, Tutur belia saya menurut.
Lihat selanjutnya... |
|