PeribahasaTidak tentu kalang tumpuan, tidak tentu kalang batang.TakrifOrang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPusat jala pumpunan ikan.TakrifMenjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat lurah timbunan sarap.TakrifOrang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat teluk timbunan kapal (= kapar).TakrifOrang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPatah kemudi dengan (e)bamnya.TakrifSudah tak ada harapan lagi. bam = kayu papan balok tumpuan kemudi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRumah tinggal sarang hantu, orang bujang sarang fitnah.TakrifOrang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas.TakrifOrang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|