PeribahasaTinggal kulit pemalut tulang.TakrifKurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggal jangat pemalut tulang.TakrifKurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). jangat = kulit luar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggal tulang dengan kulit.TakrifKurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal jangat pemalut tulang, b. Tinggal kulit pemalut tulang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tulang dalam rongkongan.TakrifSangat musykil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHempas tulang tak berbalas jasa.TakrifBerpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHempas tulang berisi perut.TakrifRajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta tulang kepada lintah (= lidah).TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat, f. Minta tanduk pada kuda).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenengah tulang punggung (= bubungan).TakrifMahal tidak, murah pun tidak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembungkus tulang dengan daun talas.TakrifMenyembunyikan rahsia dengan kurang hati-hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.TakrifBudi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |