PeribahasaTembak yang beralamat, tujuan yang bermaksud.TakrifSegala sesuatu yang diucapkan atau dikerjakan, ada tujuan dan maksudnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMerenangi laut lepas.TakrifPergi merantau tanpa tujuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ara hanyut.TakrifTidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEngkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang.TakrifTujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSambil menyeruduk (= menyuruk) galas lalu.TakrifSambil bersenang-senang, tetapi tujuan tak dilupakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDalam sudah keajukan, dangkal sudah keseberangan.TakrifTelah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin bersiru, kami tahu.TakrifSudah tahu akan niat seseorang. bersiru = beralih tujuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tuju | | Kata Terbitan : bersetuju, mempersetujui, menyetujukan, mempersetujukan, persetujuan, menuju, menujui, menujukan, tujuan, bertujuan, |
|
Puisi |
---|
|
Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun.
Lihat selanjutnya... |
|