PeribahasaBagai tokak lekat di kening.TakrifMalu yang tak dapat disembunyikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKudis menjadi tokak.TakrifPerkara kecil menjadi besar. (Bandingkan dengan: Bukan kudis dibuat pekung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai rupa tokak dibasuh.TakrifSangat buruk. tokak = kudis besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai rupa tungkahan.TakrifSangat buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai rupa tokak dibasuh). tungkahan = kayu landasan di dapur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuman menjadi barah (= pekung).TakrifPerkara kecil menjadi besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kudis menjadi tokak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukan kudis dibuat pekung.TakrifBukan perkara atau kesalahan kecil yang dibesar-besarkan. (Bandingkan dengan: Kudis menjadi tokak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam, pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak.TakrifKeburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah. pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |