PeribahasaTitik ditampung, meresap dipalit.TakrifPemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar titik, jangan tumpah.TakrifLebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSayangkan titik, tak sayangkan tumpah.TakrifSi bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakut titik lalu tumpah.TakrifKerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai air titik ke batu.TakrifMemberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRembes dipalit, titik ditampung.TakrifBiar sedikit sekalipun diterima juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak tentu titik komanya.TakrifPerkataan yang tidak tentu hujung pangkalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHinggap bak langau, titik bak hujan.TakrifHal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSumbing menitik, patah mengimpal.TakrifBerhutang membayar; salah dihukum. titik dan kimpal = tempa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir di daun keladi (= talas).TakrifMemberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu, b. Kalis bagai air di daun keladi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| titik (kata nama) | Bersinonim dengan titikan, titis, titisan, percikan, deraian, jujuran, juraian, ketel, ketes;, | | Kata Terbitan : bertitik, menitik, menitikkan, penitikan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak itik jatuh ke pantai, Memakan jambu anum; Liur titik gugur ke lantai, Melihat balu orang lagi anum.
Lihat selanjutnya... |
|