PeribahasaAku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu.TakrifKerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab budi boleh kedapatan.TakrifTingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah tampak kaki ular.TakrifTingkah laku seseorang yang jahat yang sudah mulai diketahui.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kambing harga dua kupang.TakrifTingkah lakunya seperti anak-anak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSumbang di mata, binasa hati.TakrifTingkah laku yang tiada baik menimbulkan anggapan yang jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah beruban baru berguam.TakrifOrang tua yang tingkah lakunya seperti orang muda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggerenyut-gerenyut bagai kambing berulit.TakrifSebagai kanak-kanak tingkah lakunya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggelinjang-gelinjang seperti kambing berulit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggelinjang-gelinjang seperti kambing berulit.TakrifSebagai kanak-kanak tingkah lakunya. gelinjang = mendompak-dompak; berulit = tidur bersama-sama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti air dalam kolam.TakrifOrang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing terpanggang ekor.TakrifMendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |