PeribahasaHarimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya.TakrifOrang besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah jauh maka dipanggil.TakrifTindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah busuk maka dipeda).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah busuk maka dipeda.TakrifTindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah jauh maka dipanggil). dipeda = diasinkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkannya belum dapat, airnya sudah keruh.TakrifPerbuatan (= tindakan) yang tidak bijaksana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkan terkilat (= terkilap) jala tiba.TakrifSangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|