PeribahasaTiap-tiap busuk itu meruap juga.TakrifPekerjaan yang jahat itu lambat-laun akan diketahui orang juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSalah cotok melantingkan.TakrifTiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan sewajarnya, yang salah hendaklah dibetulkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTohor-tohor sealahan.TakrifTiap-tiap kerja atau rundingan hendaklah diselesaikan satu-satu dulu, sebelum pindah mengerjakan atau merundingkan yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPendusta berdiri tiada berkaki.TakrifTiap-tiap yang dusta itu lambat laun akan terbuka juga rahsianya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiar bakar berpuntung suluh.TakrifTiap-tiap perkara dapat diputuskan kalau sudah cukup bukti dan keterangannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang hidup sesarkan mati.TakrifTiap-tiap suatu itu ada batasnya dan ada pula penggantinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat juara kalah menang.TakrifTiap-tiap usaha ada laba ruginya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda batang, cendawan tumbuh.TakrifTiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. (Bandingkan dengan: Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdapun kata ada pangkalnya.TakrifTiap-tiap suatu itu ada asal usulnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam berinduk, sirih berjunjung.TakrifTiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |