PeribahasaNyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.TakrifWalaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMakan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.TakrifKahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSenduk besar tak mengenyang.TakrifBanyak janji tetapi tidak ditepati; banyak bicara, tetapi tak ada buktinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat.TakrifSudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUntung ada tuah tiada.TakrifAda kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya; murah rezekinya tetapi selalu habis saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTonggak dalam air boleh diraba, tetapi air di dalam tonggak tidak teraba.TakrifPerkataan dapat didengar dan diketahui, tetapi isi hati tiada siapa yang dapat mengetahuinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.TakrifSungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar.TakrifKesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan). kambeh = peria; cangkuk = pekasam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tetapi; |
|
Puisi |
---|
|
Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam.
Lihat selanjutnya... |
|