PeribahasaIbarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau.TakrifLelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.TakrifYang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSi lalar si lalai.TakrifTidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau di suatu tempat. si latar = berjalan tak tentu arah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti rusa kena tambat.TakrifTidak tetap duduknya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai haruan di dalam tuar.TakrifTidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. tuar = lukah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai air daun talas (= keladi).TakrifTidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah. (Bandingkan dengan: Air di daun keladi [= talas]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemegang erat, menggenggam teguh.TakrifPendirian yang tetap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTunggang hilang, tak hilang.TakrifSiapa yang tetap hati (berani mati dan sebagainya), akan mencapai maksudnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tuntung jarum dilaga.TakrifSesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya). tuntung = hujung yang runcing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai pancang digoncang arus.TakrifPendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit, e. Seperti panji-panji dituip angin).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |