PeribahasaTempayan tertiarap di air.TakrifOrang yang tak dapat diberi nasihat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar senget jangan tertiarap.TakrifLebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertelentang berisi air, tertiarap berisi tanah.TakrifTerlalu miskin, tidak ada daya upaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir.TakrifOrang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air.TakrifOrang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Telentang sama tertiarap bersama memakan pasir).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar titik, jangan tumpah.TakrifLebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|