PeribahasaTersinggung lebih bak kena.TakrifLekas merasa hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMudah terbelingut bagai pisau belik.TakrifMudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMudah bengkok bagai parang timah.TakrifMudah tersinggung dan berkecil hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengambil bungkalan kurang.TakrifSalah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya.TakrifHati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam susah mengubatinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTercencang puar, bergerak andilau.TakrifJika orang dihinakan atau mendapat bencana, keluarga atau kaumnya akan merasa tersinggung atau merasa gusar juga. andilau = sama dengan puar tetapi lebih besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Burung perling matanya merah, Hendak memakan tempulur labu; Sahabat menghilang nampak marah, Tersinggung kawan dalam kalbu.
Lihat selanjutnya... |
|