PeribahasaMulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya.TakrifRahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya.TakrifRahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup.TakrifRahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDuduk di dalam tabir langit-langit, berbau tembelang.TakrifPerempuan berkurung di dalam rumah, tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana. tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam.TakrifBerita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|