PeribahasaJerat serupa jerami.TakrifTipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerlurah di balik pendakian.TakrifAda sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada udang [= berudang] di balik batu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBakar tak berbau.TakrifTidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda udang (= berudang) di balik batu.TakrifAda sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlurah di balik pendakian).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi makan sekam (= dedak).TakrifPerbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang.TakrifTipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti api makan (= dalam) sekam.TakrifPerbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang lahir memperlihatkan yang batin.TakrifPerbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang tersembunyi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak berudang di balik batu, tak berorang di balik aku.TakrifTidak ada maksud yang tersembunyi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmpat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela.TakrifTutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |