PeribahasaBagai melulur bersitungging.TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan dengan terpaksa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan.TakrifMeskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.TakrifRakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLamun ada ubi, ubi; tiada ubi, gadung jadilah.TakrifJika terpaksa, barang yang kurang baik pun dapat digunakan juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti antah lemukut, berguna dilapar perut.TakrifBarang yang tidak berharga tetapi dalam keadaan terdesak terpaksa digunakan juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMusuh jangan dicari-cari (=diadang), bersua jangan dielakkan.TakrifPermusuhan jangan dicari-cari dan jangan pula mengelak kalau terpaksa. diadang = ditunggu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher.TakrifOrang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepala-pala mandi, biarlah basah.TakrifBerbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|