PeribahasaTerendam sama basah, terampai sama kering.TakrifSangat karib.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai balak terendam.TakrifOrang gemuk yang malas bergerak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembangkit-bangkit batang terendam.TakrifMengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerapung tak hanyut, terendam tak basah.TakrifBelum ada sesuatu ketentuan (tentang perundingan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerapung sama hanyut, terendam sama basah (= lulus sama terbenam).TakrifPersahabatan yang setia, sehidup semati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam.TakrifJika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|