PeribahasaTerbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu.TakrifKesusahan yang tidak diketahui oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRumah terbakar tikus habis lari (= keluar).TakrifApabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTunggul terbakar di tengah huma.TakrifRupa yang hitam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelinga terbakar muka menyala.TakrifLekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLalang yang terbakar, sicerek menumpang mati.TakrifTerlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena kecipak orang berbelut). sicerek = sebangsa tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKena kecipak orang berbelut.TakrifTerlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar merangkak jangan menjalar.TakrifLebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |