PeribahasaTerang-terang daun kacang.TakrifBaru mulai mengerti sesuatu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerang kabut, teduh hujan.TakrifTelah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kabus, teduh hujan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan terang paksa baik; payang ke laut, balok pun ke laut juga.TakrifDalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan terang dalam rimba.TakrifOrang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLagi terang lagi bersuluh.TakrifPerbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Bersuluh tengah hari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiang bagai hari, terang bagai bulan.TakrifKesalahan yang sudah nyata sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatik Semarang, makin dicuci makin terang.TakrifPerempuan janda yang lebih cantik daripada semasa gadisnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergelanggang di mata orang banyak.TakrifTerang atau nyata sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDengan kartu terbuka.TakrifDengan terus terang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |