PeribahasaTepung kena ragi.TakrifPertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak.TakrifPekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti tepung di tangan pengadun.TakrifOrang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTali jangan putus, kaitan jangan serkah.TakrifMenyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan.TakrifPekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUlar biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah.TakrifMenyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenarik rambut di dalam tepung.TakrifBersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti tikus masuk kapur (= tepung).TakrifMemakai bedak tidak keruan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak.TakrifBersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menarik rambut di dalam tepung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepung |
|
Puisi |
---|
|
Tetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi.
Lihat selanjutnya... |
|