PeribahasaHilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya.TakrifSesuatu hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak tentu kalang tumpuan, tidak tentu kalang batang.TakrifOrang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya.TakrifSesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungai tak tentu gaungnya.TakrifTak tentu asal usulnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum tentu si upik si buyungnya.TakrifBelum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya, c. Belum tentu hitam putihnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum tentu hilir mudiknya.TakrifBelum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak tentu kepala ekornya.TakrifTak keruan hujung pangkalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak tentu hilir mudiknya.TakrifBelum ada keputusannya; maksudnya tidak jelas. (Bandingkan dengan: Tidak mengetahui hulu hilirnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak tentu kepala ekor.TakrifTerlalu tambun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBacang dibungkus tentu baunya keluar juga.TakrifMenyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |