PeribahasaAir tenang menghanyutkan.TakrifOrang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Air gedang menghanyutkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya.TakrifOrang yang diam jangan disangka pengecut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti cacing kepanasan.TakrifTidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas, b. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir dalam terenang.TakrifHidup yang tenang dan tenteram. terenang = tempat air daripada tanah liat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai cacing kena air panas.TakrifTidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan, b. Seperti cacing kepanasan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelanting-lanting bagai cacing kepanasan.TakrifTidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas, b. Seperti cacing kepanasan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti air dalam kolam.TakrifOrang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai terpijak batu hangat.TakrifSangat gelisah, tidak dapat tenang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir gedang menghanyutkan.TakrifOrang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Air tenang menghanyutkan). gedang = besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |