PeribahasaGaram tumpah apakah (= pada) tempatnya?TakrifOrang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam itik, raja pada tempatnya.TakrifTiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukan tanah menjadi padi.TakrifBukan tempatnya untuk berbuat baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai memakai baju pinjaman.TakrifTidak pada tempatnya, sehingga canggung kelihatannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kapak naik cerana.TakrifTidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPinang pulang ke tampuk.TakrifSudah pada tempatnya; sudah cocok benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSirih pulang ke gagangnya.TakrifKembali ke tempatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiba di rusuk menjeriau.TakrifSudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam pulang ke pautan.TakrifSudah pada tempatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarta pulang ke tuan (= empunya).TakrifSudah pada tempatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |