PeribahasaBuat nasi tambah.TakrifPenambahan nafkah yang telah ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLepas putih hitam tak dapat.TakrifYang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih dikejar, hitam tak dapat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih dikejar, hitam tak dapat.TakrifYang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Lepas putih hitam tak dapat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.TakrifKeuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMendengarkan (= harapkan) guruh di langit, air tempayan dicurahkan (= ditumpahkan).TakrifMengharapkan barang sesuatu yang belum tentu, barang yang telah ada dibuangkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda seperti tampaknya apung-apung.TakrifBarang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaWalaupun ada umpan, belum tentu ada ikan.TakrifSesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi.TakrifKeinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKetika ada jangan dimakan, telah habis (= tiada) maka dimakan.TakrifBerhemat cermat dalam penghidupan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHempas tulang tak berbalas jasa.TakrifBerpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |