PeribahasaYang teguh disokong, yang rebah (= rendah) ditindih.TakrifOrang yang sudah kuat (kaya, baik dan sebagainya) dibantu, sedangkan orang yang lemah (miskin dan sebagainya) diperas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulang sali kacak sama, tinggal lagi mujur malang.TakrifSama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemegang erat, menggenggam teguh.TakrifPendirian yang tetap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitolak tak tumbang.TakrifPendirian yang teguh; orang yang banyak harta.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerhadap kasih mesra, balik belakang lain bicara.TakrifTidak teguh janji.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah (= lunak) tersudu, keras tak tertakik.TakrifOrang yang teguh pendiriannya. takik = toreh pada kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.TakrifBersatu teguh, bercerai runtuh. tak suang-suang = tak mudah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDigantungkan tinggi, digalikan dalam.TakrifPerjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus.TakrifSangat kuat dan teguh. embat = pukul; manau = rotan besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.TakrifJangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |