PeribahasaTangan kanan jangan percaya tangan kiri; luka tangan kanan oleh tangan kiri.TakrifJangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTangan yang celaka kerja jatuh.TakrifMendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTangan penat memerah, pasu mendapat santannya.TakrifOrang lain yang bersusah payah, orang lain yang merasa nikmatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTangan mencencang (= memetik, menetak), bahu memikul.TakrifYang bersalahlah yang menerima hukuman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri.TakrifOrang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa, tidak berdaya untuk melawan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerulas tangan dan lidah.TakrifMendapat bantuan tenaga dan nasihat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati.TakrifBerfikirlah dulu dengan masak-masak sebelum membuat sesuatu perkara.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBasuh tangan petap abu.TakrifBerharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLuka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.TakrifMendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPembasuh tangan bidan.TakrifHadiah yang diberikan kepada seseorang yang telah menolong melepaskan sesuatu pekerjaan yang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |