PeribahasaNampak gabak di hulu.TakrifAda tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas.TakrifAda tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Nampak gabak di hulu). gabak = redup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMusang terjun, lantai terjungkat (= terjungkit).TakrifTanda-tanda (bukti) tentang kejahatan yang telah diperbuat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.TakrifUndang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebelum sampai ke api, tentu bahangnya dulu terasa.TakrifSesuatu bahaya besar biasanya didului dengan tanda-tanda dan alamatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTembaga menunjukkan senam, besi menunjukkan karat, keris menunjukkan pamur, manikam menunjukkan cahaya.TakrifBaik orang mahupun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya. pamur = baja putih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRebut rampas bertanda-beti.TakrifSekalian perkara baru boleh diputuskan sesudah cukup bukti dan keterangan. tanda-beti = tanda bukti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh.TakrifOrang yang sombong, besar cakap tidak berisi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir beriak tanda tak dalam.TakrifBanyak bercakap tanda tiada berilmu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRetak menanti (= mencari, tanda akan) belah (= pecah).TakrifSesuatu yang sudah pasti akan berlaku. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecah menanti sebab, retak menanti belah, b. Raga menanti pecah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Lihat selanjutnya... |
|