PeribahasaSitu (= di situ-situ) juga gendang berbunyi.TakrifSama saja, tak berubah (tentang perundingan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak berasak tunas dari tunggul.TakrifTidak berpindah-pindah, tetap di situ-situ juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi teluk ulakan air.TakrifPerundingan atau perdebatan yang berputar-putar di situ-situ saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIjuk sebelembang, tali di situ keluan di situ.TakrifPencarian yang tiada memadai. sebelembang = seberkas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana tembilang terentak, di situ cendawan tumbuh.TakrifDi mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana bunga kembang, di situ kumbang banyak.TakrifDi mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana buah masak, di situ burung banyak tampil.TakrifDi mana banyak kesenangan, di situ pula banyak orang datang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam.TakrifDi mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana tumbuh, di situ disiang.TakrifJika terjadi suatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana kapak jatuh, di situ baji makan.TakrifDi mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata situ |
|
Puisi |
---|
|
Di mana deru di situ ribut, Ribut diiring angin utara; Garam saya air di laut, Tak masin banyak sikit pun ada.
Lihat selanjutnya... |
|