PeribahasaSiang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi.TakrifTak pernah dilupakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiang bagai hari, terang bagai bulan.TakrifKesalahan yang sudah nyata sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak.TakrifPerkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar.TakrifJika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDuduk berkurung siang malam.TakrifOrang yang tak keluar-keluar dari rumahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHari tidak siang saja.TakrifTidak selamanya senang terus-menerus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.TakrifPencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiang berpanas, malam berembun.TakrifSangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Malam berselimut embun, siang bertudung awan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalam berselimut embun, siang bertudung awan.TakrifSangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang berpanas, malam berembun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jawi terkurung siang.TakrifSangat gelisah kerana tidak bebas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
197 | Every flow must have its ebb | Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan. | Hari tidak siang sahaja | He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever. | Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, hari tidak siang sahaja. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
205 | The wheel of fortune is forever in motion | Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk. | Hari tidak siang sahaja | During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film. | Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, hari tidak siang sahaja , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
628 | Walls have ears | Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari. | Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar | She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears, but the windows have eyes and the doors have tongues too! | Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
627 | Walls have ears | Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari. | Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar | She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too! | Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata siang |
|
Puisi |
---|
|
Malam ini merendam jagung, Siang besok menumbuk serai; Malam ini kita berkampung, Siang besok kita bercerai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 205 The wheel of fortune is forever in motion Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk. Hari tidak siang sahaja During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film. Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, hari tidak siang sahaja , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|