PeribahasaHemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.TakrifHemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh.TakrifAlpa dan lalai mengakibatkan bencana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelebihi ancak-ancak, mengurangi sia-sia.TakrifDalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut tiada bertelinga.TakrifSia-sia memberi nasihat kepada orang yang lapar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyenduk kuah dalam pengat.TakrifSia-sia saja; menarik keuntungan daripada orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjaring angin.TakrifPerbuatan yang sia-sia belaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkering air liur.TakrifNasihat yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenghasta kain sarung.TakrifPekerjaan yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenanam mumbang.TakrifMelakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenaikkan bendar sondai.TakrifPekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Membandarkan air ke bukit). bendar = serokan, parit (di sawah); sondai = miring, landai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |